Apa khabar kepada semua pembaca. Sekarang kita sudah melangkah masuk ke tahun 2009. Banyak perkara dan kenangan yang telah kita tinggalkan sepanjang tahun 2008. Bagi saya dan semua orang yang seangkatan dengan saya, sudah 2 tahun kami meninggalkan dunia persekolahan.
Pelbagai pengalaman yang telah kami timba sepanjang 2 tahun ini. Pengalaman mencari tempat untuk sambung belajar, bekerja, ambil kerja part-time, jadi model dan banyak lagi. Namun begitu, kami masih tidak dapat lupa kenangan yang kami tinggalkan ketika berada di sekolah dahulu.
Berbalik pada topik asal. Pada 30 Disember 2008, pelajar-pelajar SMK Setapak Indah yang mengambil peperiksaan PMR telah pun mendapat keputusan mereka. Pelbagai reaksi dapat kita lihat. Ada yang mengangis, ada yang ketawa, ada yang sengaja datang lewat pun ada.
Guru-guru tetap setia menunggu untuk memberikan keputusan kepada pelajar-pelajar mereka yang mereka cintai. Saya yakin ramai yang semakin bersemangat untuk melakukan lebih baik selepas ini.
Apa azam anda tahun ini? Saya yakin anda semua akan mendapat apa yang anda kehendaki pada tahun ini. Semoga berjaya.
Wednesday, December 31, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)