Saturday, October 25, 2008

Persediaan Menghadapi Peperiksaan.

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi, pelajar akan menghadapi pelbagai masalah seperti tergesa-gesa, 'blank' dan sebagainya.

Di sini saya membahagikan seksyen ini kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pelajar membaca apa yang sesuai dengannya. Artikel ini bukanlah ditulis oleh saya tetapi sebaliknya diambil dari pihak kaunseling. Diharap ini akan dapat membantu.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan.

Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.




PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.

Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan SPM.

Semestinya tarikh 11 November 2008 ini menjadi debaran bagi semua pelajar yang akan menjalani peperiksaan SPM. Ada yang tercari-cari alat tulis mereka, ada yang membeli set alat tulis yang baru, ada yang membeli banyak buku latihan sedangkan buku yang lama tidak habis dibuat lagi dan macam-macam karenah lagi.

Bila memikirkan saat ketika hendak mengambil peperiksaan SPM dulu, geli hati rasanya. Saya pasti kamu juga akan berasa begitu setelah menjejaki alam dewasa kelak.
Telah menjadi lumrah bagi pelajar tingkatan 5 akan mengambil peperiksaan SPM dan saya pasti ramai antara kamu telah pun membuat persediaan yang secukupnya dari segi fizikal.

Tapi jangan kita lupa kita juga harus membuat persediaan dari segi mental dan rohani. Dari segi mental, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan tenang dan berfikiran positif, percaya bahawa kita mampu menjawab soalan peperiksaan itu nanti.

Dari segi rohani pula, kita hendaklah memohon keberkatan daripada Allah, meminta maaf kepada guru kita dan ibubapa kita. Bagi orang bukan Islam, hendaklah sentiasa berdoa dan berfikiran positif.

Jadi saya harap kamu semua buat yang terbaik dalam peperiksaan itu nanti,OK. OK, saya pergi dulu. Semoga berjaya...

Friday, October 24, 2008

Dilema pelajar tingkatan 5 menghampiri saat SPM (1).

Pasti sekarang semua orang berasa risau kerana peperiksaan SPM semakin dekat. Mak dan ayah langsung tidak membenarkan anak-anak mereka keluar untuk memastikan mereka belajar di rumah.

Anak-anak pula berasa rimas padahal mereka sendiri pun sedar apa yang ibu bapa mereka buat adalah tidak salah. Adalah menjadi lumrah bagi semua pelajar termasuk saya yang pernah mengambil peperiksaan SPM.

Pasti kamu berasa sangat risau dengan keputusan yang akan kamu dapat hasil usaha kamu selama ini. Pasti kamu dapat rasakan tekanan yang begitu hebat sekarang ini. Pasti kamu kalau boleh ingin memulakan semula tingkatan 5 supaya dapat buat lebih baik lagi.

Saya juga pernah berasakan begitu. Malah sehingga kini saya berharap dapat buat lebih baik berbanding dulu. Namun, kita haruslah berpijak di bumi yang nyata. Kiata harus belajar menghargai apa yang ada di depan mata dan buat yang terbaik dengan segala apa yang kita ada.

Terus terang saya katakan saya bukan pelajar cemerlang. Saya hanya pelajar biasa sahaja. Saya hanya mendapat 5A dalam keputusan SPM. Perasaan saya ketika itu cukup kecewa.

Tapi saya percaya kamu pasti dapat buat lebih baik dari diri saya. Saya pernah melihat bagaimana seorang pelajar yang menduduki tempat terakhir di kelas tingkatan 3berjaya mendapat kelas aliran Sains dalam masa setahun. Mana tidaknya, budak itu sekelas dengan saya. Dia juga merupakan sahabat karib saya.

Macam-macam dah yang kami lalui semasa tingkatan 5. Ada ketika kami ada salah faham dengan guru-guru, ada ketika kami bergaduh dan ada ketika kami pernah didenda.

Ada juga saat-saat gembira dimana kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan pertandingan bola jaring MSSM di Universiti Malaya. Kami juga pernah merangkul pelbagai anugerah dalam pelbagai peringkat. Dan kami sangat bersyukur kerananya.

Saya percaya kamu juga mempunyai kenangan seperti yang saya alami. Malah mungkin lebih dari itu. Kenangan-kenangan sebeginilah yang membuatkan hidup kita begitu indah, misteri dan menarik sekali.

Kita semua akan berpisah dengan rakan-rakan kita dan guru-guru kita yang telah banyak mengajar diri kita sela beberapa tahun ini. Namun, kenangan yang kita hadapi dan alami bersama selama beberapa tahun ini akan terus kekal di dalam memori. Hargailah saat-saat kehidupan kita.

Thursday, October 23, 2008

MENENTUKAN HALA TUJU SELEPAS ALAM PERSEKOLAHAN.

Sudahkah anda menetapkan masa depan anda? Kalau belum, mulakan daripada sekarang. Masa depan anda sedikit sebanyak ditentukan oleh kebijaksanaan anda mengatur sepak terajang dalam kehidupan seharian.
Selepas sekolah - atau secara yang lebih tepat lagi, selepas peperiksaan nanti - apakah perancangan anda? hendak ke mana anda akan menentukan haluan hidup anda? Masa untuk bergantung hidup kepada ibu atau bapa sudah hampir sempai ke penghujung. Kini, masa depan anda berada di dalam genggaman anda sendiri.
Memilih kerjaya bukan mudah. Anda memerlukan cukup keberanian untuk membuat keputusan sejak di peringkat awal lagi. Tambahan pula di bawah sistem terbuka Sijil Pelajaran Malaysia, maka apakah kertas yang akan anda duduki semasa peperiksaan kelak akan menentukan di fakulti mana anda akan berada bila menjejak kaki ke menara gading kelak.
Dalam konteks hari ini, menentukan pilihan kerjaya lebih kritikal berbanding di universiti mana anda harus berada.
Ini kerana setelah menetapkan kerjaya pilihan, barulah anda memilih universiti mana yang terbaik.
Sebelum itu, sudah tentulah anda akan perlu perlu melihat sejauh mana kemampuan akademik anda.
Ada kursus di universiti yang memerlukan syarat akademik yang ketat. Ada yang lebih kurang sahaja. Untuk melihat lebih lanjut syarat-syarat serta kursus-kursus yang ditawarkan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, anda boleh berjunjung ke laman web ini: http://www2.moe.gov.my/~jpt/ipta.htm
Adalah sangat perlu kepada para pelajar mengetahui kursus-kursus yang sepatutnya mereka ikuti semasa di universiti kelak, selaras dengan minat dan kemampuan akademik mereka.
Pengarang 50 Kerjaya Pilihan, Mohd Mohamed telah mengarang dan mengolah bukunya secara mudah bertujuan memudahkan para pelajar memilih kerjaya.
Sebahagian daripada bidang-bidang kerjaya yang terdapat di dalam buku tulisannya itu pernah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Buku ini amat sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, khususnya bakal calon dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Monday, October 20, 2008

SEJARAH PENUBUHAN

ALUMNI SMK SETAPAK INDAH MERUPAKAN SATU PLATFORM KEPADA BEKAS-BEKAS PELAJAR UNTUK MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DIANTARA BEKAS PELAJAR DENGAN PIHAK SEKOLAH.DENGAN BERMOTIFKAN ITU,BEBERAPA ORANG BEKAS PELAJAR TELAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENUBUHKAN KELAB ALUMNI.DIANTARANYA IALAH MOHAMED AZRIN B ANVER ALI,ABDUL GHAFFAR B A.SAMAD,ALLAHYARHAM MUHAMMAD AZHARUDDIN B MUHD PUZI,SHARUL SHAFIQ B ZAMRI,NURUL FARHANI BT ABDUL AZIZ DAN BEBERAPA ORANG YANG LAIN.WALAUBAGAIMANA PUN,CADANGAN ASAL DATANG DARIPADA PN.ASIAH DAN PN.NURUL AINE IAITU GURU PERPUSTAKAAN SMKSI.PELBAGAI USAHA TELAH DIJALANKAN UNTUK MENUBUHKAN KELAB INI.NAMUN KELAB INI TIDAK BERGIAT BEGITU AKTIF KERANA IANYA MASIH TIDAK DAPAT DIDAFTAR DI 'ROS' DAN KOMITMEN AHLINYA SEBAGAI PELAJAR IPT.WALAUPUN TERDAPAT PELBAGAI KEKANGAN,IA TIDAK MEMATIKAN SEMANGAT AHLI-AHLI UNTUK MENJANA PELBAGAI IDEA DAN USAHA MEMASTIKAN KELAB INI UNTUK MENCAPAI MISI DAN VISINYA.OLEH ITU,KAMI MENYERU KAPADA SEMUA BEKAS-BEKAS PELAJAR TANPA MENGIRA IDEOLOGI UNTUK BERGANDING BAHU BAGI MEREALISASIKAN USAHA MURNI INI TERCAPAI DENGAN JAYANYA.