Friday, October 24, 2008

Dilema pelajar tingkatan 5 menghampiri saat SPM (1).

Pasti sekarang semua orang berasa risau kerana peperiksaan SPM semakin dekat. Mak dan ayah langsung tidak membenarkan anak-anak mereka keluar untuk memastikan mereka belajar di rumah.

Anak-anak pula berasa rimas padahal mereka sendiri pun sedar apa yang ibu bapa mereka buat adalah tidak salah. Adalah menjadi lumrah bagi semua pelajar termasuk saya yang pernah mengambil peperiksaan SPM.

Pasti kamu berasa sangat risau dengan keputusan yang akan kamu dapat hasil usaha kamu selama ini. Pasti kamu dapat rasakan tekanan yang begitu hebat sekarang ini. Pasti kamu kalau boleh ingin memulakan semula tingkatan 5 supaya dapat buat lebih baik lagi.

Saya juga pernah berasakan begitu. Malah sehingga kini saya berharap dapat buat lebih baik berbanding dulu. Namun, kita haruslah berpijak di bumi yang nyata. Kiata harus belajar menghargai apa yang ada di depan mata dan buat yang terbaik dengan segala apa yang kita ada.

Terus terang saya katakan saya bukan pelajar cemerlang. Saya hanya pelajar biasa sahaja. Saya hanya mendapat 5A dalam keputusan SPM. Perasaan saya ketika itu cukup kecewa.

Tapi saya percaya kamu pasti dapat buat lebih baik dari diri saya. Saya pernah melihat bagaimana seorang pelajar yang menduduki tempat terakhir di kelas tingkatan 3berjaya mendapat kelas aliran Sains dalam masa setahun. Mana tidaknya, budak itu sekelas dengan saya. Dia juga merupakan sahabat karib saya.

Macam-macam dah yang kami lalui semasa tingkatan 5. Ada ketika kami ada salah faham dengan guru-guru, ada ketika kami bergaduh dan ada ketika kami pernah didenda.

Ada juga saat-saat gembira dimana kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan pertandingan bola jaring MSSM di Universiti Malaya. Kami juga pernah merangkul pelbagai anugerah dalam pelbagai peringkat. Dan kami sangat bersyukur kerananya.

Saya percaya kamu juga mempunyai kenangan seperti yang saya alami. Malah mungkin lebih dari itu. Kenangan-kenangan sebeginilah yang membuatkan hidup kita begitu indah, misteri dan menarik sekali.

Kita semua akan berpisah dengan rakan-rakan kita dan guru-guru kita yang telah banyak mengajar diri kita sela beberapa tahun ini. Namun, kenangan yang kita hadapi dan alami bersama selama beberapa tahun ini akan terus kekal di dalam memori. Hargailah saat-saat kehidupan kita.

No comments: