Saturday, October 25, 2008

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan SPM.

Semestinya tarikh 11 November 2008 ini menjadi debaran bagi semua pelajar yang akan menjalani peperiksaan SPM. Ada yang tercari-cari alat tulis mereka, ada yang membeli set alat tulis yang baru, ada yang membeli banyak buku latihan sedangkan buku yang lama tidak habis dibuat lagi dan macam-macam karenah lagi.

Bila memikirkan saat ketika hendak mengambil peperiksaan SPM dulu, geli hati rasanya. Saya pasti kamu juga akan berasa begitu setelah menjejaki alam dewasa kelak.
Telah menjadi lumrah bagi pelajar tingkatan 5 akan mengambil peperiksaan SPM dan saya pasti ramai antara kamu telah pun membuat persediaan yang secukupnya dari segi fizikal.

Tapi jangan kita lupa kita juga harus membuat persediaan dari segi mental dan rohani. Dari segi mental, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan tenang dan berfikiran positif, percaya bahawa kita mampu menjawab soalan peperiksaan itu nanti.

Dari segi rohani pula, kita hendaklah memohon keberkatan daripada Allah, meminta maaf kepada guru kita dan ibubapa kita. Bagi orang bukan Islam, hendaklah sentiasa berdoa dan berfikiran positif.

Jadi saya harap kamu semua buat yang terbaik dalam peperiksaan itu nanti,OK. OK, saya pergi dulu. Semoga berjaya...

No comments: